Nilai ringgit mengukuh berbanding dolar AS

Gambar hiasan - Foto Bernama
Gambar hiasan - Foto Bernama
A
A
A

RINGGIT dibuka tinggi berbanding dolar AS pada Selasa selepas pengumuman indeks pengurus pembelian (PMI) pembuatan ISM Amerika Syarikat (AS) yang lebih rendah berbanding jangkaan iaitu 46.0 mata pada Jun, kata seorang pakar ekonomi.

Pada 9 pagi, unit tempatan menambah nilai kepada 4.6635/6670 berbanding dolar AS daripada 4.6640/6690 pada penutup Isnin.

Menurut Ketua Ekonomi dan Kewangan Sosial Bank Muamalat Malaysia Bhd, Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid, ringgit disokong baik kerana data menunjukkan Rizab Persekutuan mungkin tidak begitu agresif menaikkan kadar meskipun ia cenderung mengekalkannya lebih tinggi bagi tempoh lama untuk mengekang inflasi.

"Sektor pengilangan AS terus mempamerkan penurunan selanjutnya pada bulan Jun. Indeks itu berada di bawah garisan 50 mata lapan bulan berturut-turut sejak November tahun lalu, menunjukkan bahawa pengeluar telah menjadi pesimis pada separuh pertama 2023.

"Bacaan sedemikian menunjukkan dasar monetari yang ketat telah menjejaskan aktiviti ekonomi dengan inflasi seperti yang dicerminkan oleh Perbelanjaan Penggunaan Peribadi Teras (PCE) menyederhana kepada 4.6 peratus pada Mei daripada setinggi 5.4 peratus pada Feb 2022," katanya. Bernama.

Sementara itu, ringgit diniagakan rendah berbanding mata wang utama yang lain.

Mata wang tempatan menyusut berbanding euro kepada 5.0879/0917 daripada 5.0791/0845 pada penutupan urus niaga Isnin, lemah berbanding yen Jepun menjadi 3.2280/2307 daripada 3.2252/2289 dan rendah berbanding pound Britain kepada 5.9212/9257 daripada 5.9088/9152 sebelumnya.

Berbanding mata wang Asean yang lain, ringgit diniagakan rendah.

Nilai ringgit turun berbanding dolar Singapura kepada 3.4539/4570 berbanding 3.4482/4521 pada Isnin, menyusut berbanding baht Thai kepada 13.3098/3263 daripada 13.2357/2563 dan rendah berbanding peso Filipina kepada 8.44/8.46 daripada 8.43/8.44.

Bagaimanapun, ringgit hampir tidak berubah berbanding rupiah Indonesia pada 310.2/310.6 daripada 310.2/310.7 pada Isnin. - Bernama