Suasana pilu iringi pemergianmu...

Dua beranak yang maut dalam kemalangan melibatkan dua buah kenderaan di Kilometer 348 Jalan Kuala Lumpur-Kota Bharu dekat Simpang Ruan, Raub, Pahang dikebumikan dalam satu liang lahad di tanah perkuburan Kampung Kelaboran, Tumpat.
Dua beranak yang maut dalam kemalangan melibatkan dua buah kenderaan di Kilometer 348 Jalan Kuala Lumpur-Kota Bharu dekat Simpang Ruan, Raub, Pahang dikebumikan dalam satu liang lahad di tanah perkuburan Kampung Kelaboran, Tumpat.
A
A
A

TUMPAT - Dua beranak yang maut dalam kemalangan melibatkan dua buah kenderaan di Kilometer 348 Jalan Kuala Lumpur-Kota Bharu dekat Simpang Ruan, Raub, Pahang dikebumikan dalam satu liang lahad pagi ini.

Jenazah Allahyarham Hasliza Arini Muhammad@Hamid, 34, dan anaknya Muhammad Khalish Kautsar Mohd Syaril, 2, tiba di Tanah Perkuburan Islam Kampung Kelaboran di sini jam 2.05 pagi.

Solat jenazah dilakukan di surau tanah perkuburan Kampung Kelaboran apabila kesemuanya tiba dengan van jenazah dari Hospital Raub, Pahang.

Suasana pilu mengiringi majlis pengkebumian yang selesai jam 2.50 pagi dihadiri kira-kira 100 ahli keluarga.

Jenazah dua beranak tiba dengan van jenazah dari Hospital Raub.
Jenazah dua beranak tiba dengan van jenazah dari Hospital Raub.

ARTIKEL BERKAITAN: Ajal menjelang Ramadan

Dalam tragedi jam 2.45 pagi semalam enam maut termasuk seorang bayi perempuan apabila dua kenderaan bertembung di Kilometer 348 Jalan Kuala Lumpur-Kota Bharu dekat Simpang Ruan, Raub, Pahang.

Kejadian itu meragut nyawa dua penumpang Perodua Myvi, Hasliza Arini dan Muhammad Khalish Kautsar.

Artikel Berkaitan:

Tiga mangsa lain, pemandu Perodua Myvi, Mohd Syaril Sulaiman, 44, bersama anaknya, Khaliesa Khairina, 7, dan Dhia Afriena, 5, cedera parah akibat kemalangan tersebut.

Mereka lima beranak dalam perjalanan pulang ke kampung untuk menyambut Ramadan.

Sementara empat beranak iaitu pemandu Perodua Kancil, Nasrul Fakhri Mansor, 38 dan isterinya, Hartini Moktar, 37, serta anak ketiga mereka, Nur Faqihah, 4, maut di lokasi kejadian, manakala anak bongsu pasangan itu, Nur Fateen Sufi yang berusia setahun meninggal dunia ketika dirawat di Hospital Raub.

Sementara itu, anak sulung mereka, Muhammad Haziq,10, dan anak kedua, Nur Fathiyah, 8, mengalami kecederaan parah.