Pencuri bawa lari mesin layan diri

Dua pencuri melarikan mesin layan diri menjual minuman ringan.
Dua pencuri melarikan mesin layan diri menjual minuman ringan.
A
A
A

WASHINGTON - Rakaman kamera litar tertutup di luar sebuah pusat servis kereta di Washington merakam aksi dua pencuri melarikan sebuah mesin layan diri menjual minuman ringan.

Ryan King, pemilik ProFormance Lube Center di Spokane Valley berkata, dia menyedari kehilangan mesin layan diri tersebut ketika datang bekerja pagi Rabu lalu.

"Kami pernah mengalami kecurian kecil namun ini kali pertama insiden seumpama ini berlaku," kata King.

Ketika meneliti kembali rakaman, dua orang lelaki kelihatan memunggah mesin layan diri seberat 318 kilogram itu ke belakang sebuah trak.

Apa yang menarik, kecurian itu berlaku di kedai yang terletak bertentangan dengan sebuah balai polis.

Kedua-dua pencuri terbabit dipercayai pernah cuba untuk mencuri mesin tersebut sebelum ini namun gagal. - Agensi

Artikel Berkaitan: