Yadim kecam insiden bakar al-Quran

Laporan Sinar Harian pada Jumaat.
Laporan Sinar Harian pada Jumaat.
A
A
A

SHAH ALAM - Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim) mengecam keras tindakan membakar al-Quran di luar sebuah masjid di Stockholm.

Yadim sehubungan itu menggesa semua pihak untuk melihat Islamofobia sebagai satu perkara yang perlu diatasi segera di semua peringkat dan lapisan masyarakat.

“Tindakan biadab tersebut sebenarnya tidak membawa sebarang faedah kepada pelaku dan golongan yang menyokongnya.

"Malah ini akan mengundang bahaya tindak balas daripada pihak yang cenderung kepada kelakuan ekstremis,” kata Yadim dalam satu kenyataan pada Jumaat.

Yadim menambah, badan dakwah itu akan terus konsisten untuk memupuk semangat perpaduan bagi membentuk masyarakat yang sentiasa rahmah dalam menyokong aspirasi Malaysia Madani.

Menurutnya, program-program anjuran Yadim akan sentiasa menerapkan elemen perpaduan, rahmah, kasih sayang dan semangat kebersamaan.

“Yadim menyeru umat Islam agar berhati hati ketika berbicara mengenai agama suci ini agar tidak dipandang serong oleh bukan Islam.

“Pada masa sama, badan dakwah ini ingin menyeru semua pihak di negara ini agar kekal bertenang dan tidak bertindak balas dalam sebarang bentuk yang boleh membawa kepada mudarat,” katanya lagi.

ARTIKEL BERKAITAN: 'Bakar al-Quran perbuatan yang keji' - Turki kutuk tindakan Sweden

Arab Saudi kecam, kutuk tindakan bakar al-Quran di Sweden

Malaysia gesa Sweden henti tindakan provokatif bakar al-Quran

Bakar al-Quran: Malaysia kutuk keputusan pihak berkuasa Sweden

Malaysia gesa Sweden ambil tindakan terhadap pelaku bakar al-Quran

Bakar al-Quran: Panggil segera Duta Sweden ke Malaysia