CDC beri amaran kemungkinan jangkitan Malaria di AS

Kemungkinan peningkatan kes malaria import yang mempunyai kaitan dengan perjalanan antarabangsa pada musim panas 2023. - Gambar hiasan
Kemungkinan peningkatan kes malaria import yang mempunyai kaitan dengan perjalanan antarabangsa pada musim panas 2023. - Gambar hiasan
A
A
A

LOS ANGELES - Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit Amerika Syarikat (CDC) telah mengeluarkan amaran mengenai wabak malaria selepas lima kes yang sama direkodkan di dua negeri setakat ini, lapor Xinhua.

Empat kes malaria di Florida dan satu kes dikesan di Texas dalam tempoh dua bulan lalu, menurut CDC pada Isnin.

CDC menyuarakan kebimbangan terhadap kemungkinan peningkatan kes malaria import yang mempunyai kaitan dengan perjalanan antarabangsa pada musim panas 2023.

Agensi terbabit menggesa penyediaan akses pantas kepada IV artesunate, yang merupakan rawatan pertama untuk kes malaria di Amerika Syarikat.

Terdapat kira-kira 2,000 kes malaria yang didiagnosis setiap tahun di Amerika Syarikat, dan kebanyakan kes dikesan daripada pengembara dan imigran yang pulang dari negara-negara di mana jangkitan malaria berlaku, terutamanya daripada Afrika Sub-Sahara dan Asia Selatan, menurut CDC. - Bernama