Ifedayo senjata baharu KDA FC

Pengumuman KDA FC pada Rabu.
Pengumuman KDA FC pada Rabu.
A
A
A

PEMENANG Kasut Emas dua tahun berturut-turut Liga Super 2020 dan 2021, Ifedayo Olusegun Patrick Omosouyi diumumkan sebagai penyerang baharu Kedah Darul Aman (KDA) FC.

Sang Kenari dalam satu kenyataan berkata, pemain berusia 32 tahun dari Nigeria ini bersetuju untuk mengikat kontrak bersama kelab itu bagi baki musim 2023.

Menurutnya, kelibat Ifedayo tidak asing di Liga Malaysia yang mempunyai pengalaman bersama Felda United, Melaka dan Selangor.

"Pengalaman ini antara faktor pilihan pengurusan bagi memudahkan beliau untuk segera mencari keserasian dengan rakan sepasukan di kem Sang Kenari selepas tempoh pendaftaran pemain baharu dibuka semula bermula 5 Julai ini," katanya pada Rabu.

Ifedayo tidak asing di Liga Malaysia yang mempunyai pengalaman bersama Felda United, Melaka dan Selangor. - Foto Selangor FC
Ifedayo tidak asing di Liga Malaysia yang mempunyai pengalaman bersama Felda United, Melaka dan Selangor. - Foto Selangor FC

Jelas KDA FC, Ifedayo mempunyai reputasi pemegang Kasut Emas dua tahun berturut-turut sebagai penjaring terbanyak Liga Super di musim 2020 dan 2021.

"Beliau telah menjaringkan 38 gol dengan 12 gol musim 2020 dan 26 gol pada musim 2021 sehinggakan di gelar 'King Dayo' ketika bersama Selangor FC.

"Ini bukanlah kali pertama beliau menjejak kaki ke bumi hijau kuning dan pernah menjadi duri dalam daging menghampakan ribuan penyokong hijau kuning dengan ketajaman tandukan serta rembatannya.

"Kali ini beliau memakai jersi hijau kuning untuk memburu kejayaan baharu buat pasukan Sang Kenari," ujarnya.