Hampir 3,500 sertai Himpunan Kedaulatan Islam: Polis

Pemandangan Himpunan Pertahan Kedaulatan Islam yang diadakan di Sogo,Kuala Lumpur. - FOTO ZAHID IZZANI
Pemandangan Himpunan Pertahan Kedaulatan Islam yang diadakan di Sogo,Kuala Lumpur. - FOTO ZAHID IZZANI
A
A
A

KUALA LUMPUR - [DIKEMASKINI] Dianggarkan 3,500 individu menyertai Himpunan Pertahankan Kedaulatan Islam anjuran Gerakan Pembela Ummah (UMMAH) di Jalan Tunku Abdul Rahman, di sini, petang tadi.

Perhimpunan itu bermula jam 2 petang dan berakhir jam 3.30 petang akibat hujan lebat.

Ketua Polis Dang Wangi, Asisten Komisioner Mohd Fahmi Visunathan Abdullah, berkata, berdasarkan maklumat awal, himpunan dihadiri kira-kira 3,000 hingga 3,500 peserta itu berlangsung dalam keadaan tenang dan aman tanpa sebarang perkara yang boleh menggugat ketenteraman awam.

"Perhimpunan yang berlangsung dalam keadaan aman dan terkawal tanpa sebarang kekecohan dan provokasi.

“Pada masa ini kita sedang membuat penelitian dan ambil kira maklum balas mengenai himpunan ini, selain mengkaji semula ucapan yang telah disampaikan.

"Sebaik segala penelitian selesai dijalankan, pihaknya akan mengenalpasti segala isu berbangkit selain mengesan kesalahan ketika himpunan berlangsung sekiranya ada," katanya ketika dihubungi Sinar Harian.

Artikel Berkaitan: