Empat pemandu mabuk termasuk wanita ditahan

Polis melaksanakan Ops Alkohol dan Cegah Jenayah di lokasi 'hotspot' sekitar daerah ini, pada Sabtu dan Ahad.
Polis melaksanakan Ops Alkohol dan Cegah Jenayah di lokasi 'hotspot' sekitar daerah ini, pada Sabtu dan Ahad.
A
A
A

PETALING JAYA - Seramai empat individu termasuk seorang wanita ditahan selepas didapati memandu dalam keadaan mabuk menerusi Ops Alkohol dan Cegah Jenayah di lokasi 'hotspot' sekitar daerah ini pada Jumaat dan Sabtu.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid berkata, kesemua suspek berusia 26 hingga 47 tahun itu ditahan kerana memandu dengan tahap alkohol melebihi paras yang dibenarkan.

"Kesemua mereka ditahan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 45A (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya ketika dihubungi pada Isnin.

Mohamad Fakhrudin berkata, seorang pegawai dan 12 anggota terlibat dalam operasi tersebut.

"Sebanyak 22 saman telah dikeluarkan atas pelbagai kesalahan lalu lintas. Operasi ini akan dilaksanakan secara berterusan bagi memastikan pengguna jalan raya mematuhi peraturan lalu lintas yang ditetapkan pihak berkuasa," katanya.