Pendatang Yahudi tebang lebih 100 pokok zaitun

Pokok zaitun yang ditebang pendatang Yahudi di perkampungan Burqa di Tebing Barat.
Pokok zaitun yang ditebang pendatang Yahudi di perkampungan Burqa di Tebing Barat.
A
A
A

RAMALLAH - TEBING BARAT. Pendatang Yahudi memusnahkan hampir 150 pokok zaitun di tanah pertanian Palestin di perkampungan Burqa di Tebing Barat, semalam.

Menurut sumber tempatan, kehadiran pendatang terbabit turut diiringi pihak berkuasa Israel.

Petani Palestin, Ibrahim Kanaan berkata beliau terpaksa lari menyelamatkan diri apabila pendatang terbabit cuba menyerangnya.

Kumpulan hak asasi Israel, B'Tselem berkata konfrontasi berterusan pendatang Yahudi ke atas penduduk Palestin sebagai sebahagian daripada taktik untuk menghalau mereka dari tanah yang diduduki.

Jelas kumpulan itu lagi, kehadiran polis tidak membawa sebarang makna kerana mereka menyebelahi pendatang terbabit. - Agensi

Artikel Berkaitan: