AS luluskan daging makmal

Produk itu dikatakan berbeza daripada pengganti berasaskan tumbuhan seperti burger soya yang meniru rasa dan tekstur seperti daging, namun didakwa tidak mengandungi sebarang protein haiwan. - Foto Agensi
Produk itu dikatakan berbeza daripada pengganti berasaskan tumbuhan seperti burger soya yang meniru rasa dan tekstur seperti daging, namun didakwa tidak mengandungi sebarang protein haiwan. - Foto Agensi
A
A
A

WASHINGTON - Amerika Syarikat (AS) memberi kelulusan pertama kepada dua firma untuk memasarkan ayam dihasilkan di makmal menggunakan sel haiwan, sekali gus menjadi negara kedua memberi lampu hijau kepada daging alternatif tersebut selepas Singapura mengambil langkah sama pada 2020.

Jurucakap Jabatan Pertanian AS (USDA) pada Rabu memaklumkan dua syarikat tersebut ialah Upside Foods dan Good Meat.

“Kelulusan itu diberikan setelah USDA menyemak semula label produk mereka untuk memastikan ia tidak mengelirukan pengguna selepas kedua-duanya disahkan selamat pada November lalu,” ujarnya.

Beberapa syarikat pemula merancang untuk menghasilkan daging makmal bagi membolehkan pengguna mengambil protein haiwan tanpa memberi kemudaratan kepada alam sekitar berkaitan pertanian.

Produk itu dikatakan berbeza daripada pengganti berasaskan tumbuhan seperti burger soya yang meniru rasa dan tekstur seperti daging, namun didakwa tidak mengandungi sebarang protein haiwan. - AFP