Sila log masuk terlebih dahulu.

Ada taburan hujan, tidak perlu pembenihan awan

A
A
A

BERITA SEMASA 22 JUN 2023

Operasi pembenihan awan di daerah Kerian tidak akan dilaksanakan dalam masa terdekat meskipun keadaan paras Empangan Bukit Merah di sini mengalami penyusutan aras kritikal, lapor wartawan Sinar Harian, Normawati Adnan.

Exco Infrastruktur, Tenaga, Air dan Pengangkutan Awam Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin berkata, ramalan Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) menunjukkan kawasan itu masih mempunyai taburan hujan yang boleh membantu meningkatkan paras di empangan.

Menurutnya, pemantauan dijalankan Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) juga menunjukkan telah berlaku sedikit peningkatan paras air di empangan daripada 6.68 meter semalam kepada 7.07 meter hari ini.

Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/264762/edisi/perak/masih-ada-taburan-hujan-tidak-perlu-pembenihan-awan

Muzik: www.bensound.com

#BeritaSemasa #SinarHarian