Rizab antarabangsa BNM turun kepada AS$113 bilion

Jumlah rizab antarabangsa BNM adalah AS$113.0 bilion pada 15 Jun 2023.
Jumlah rizab antarabangsa BNM adalah AS$113.0 bilion pada 15 Jun 2023.
A
A
A

JUMLAH rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia (BNM) adalah AS$113.0 bilion (AS$1=RM4.65) pada 15 Jun 2023.

Dalam kenyataannya pada Khamis, bank pusat itu berkata, jumlah tersebut memadai untuk membiayai 4.8 bulan import barangan dan perkhidmatan dan 1.0 kali jumlah hutang luar negeri jangka pendek.

Komponen utama rizab antarabangsa BNM itu ialah masing-masing rizab mata wang asing sebanyak AS$100.2 bilion, kedudukan rizab Tabung Kewangan Antarabangsa (AS$1.4 bilion), hak pengeluaran khas atau SDR (AS$5.8 bilion), emas (AS$2.5 bilion) dan aset rizab lain (AS$3 bilion).

BNM berkata, jumlah aset adalah RM607.74 bilion yang merangkumi emas dan pertukaran asing serta rizab-rizab lain termasuk SDR (RM498.18 bilion), kertas Kerajaan Malaysia (RM12.59 bilion), deposit dengan institusi kewangan (RM1.73 bilion), pinjaman dan pendahuluan (RM23.54 bilion), tanah dan bangunan (RM4.14 bilion) serta aset-aset lain (RM67.56 bilion).

Modal dan liabiliti pula terdiri daripada modal berbayar sebanyak RM100 juta manakala rizab (RM166.40 bilion), mata wang dalam edaran (RM159.12 bilion), deposit oleh institusi kewangan (RM192.42 bilion), deposit oleh kerajaan Persekutuan (RM8.76 bilion), deposit lain (RM38.47 bilion), kertas Bank Negara (RM9.57 bilion), peruntukan SDR (RM28.73 bilion) dan liabiliti-liabiliti lain (RM4.18 bilion). - Bernama