RM1.7 bilion peruntukan awal Kelantan

Mohd Amar (tengah) menghadiri Karnival Rakyat Kelantan pada Khamis.
Mohd Amar (tengah) menghadiri Karnival Rakyat Kelantan pada Khamis.
A
A
A

KOTA BHARU - Jumlah RM1.7 juta merupakan peruntukan awal yang dipersetujui Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk pembangunan Kelantan.

Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Amar Abdullah berkata, jumlah yang dipohon kerajaan negeri ialah sebanyak RM8 bilion.

Menurut beliau, Perdana Menteri meminta satu jawatankuasa ditubuhkan untuk membincangkan mengenai keperluan RM8 bilion yang dipohon kerajaan negeri sebelum ini.

"Jumlah RM8 bilion ialah untuk jangka masa panjang dan bukan tahun ini sahaja.

"Untuk peringkat awal, sebanyak RM1.7 bilion sudah dipersetujui dan jumlah yang lulus serta-merta ialah RM500 juta yang boleh dimanfaatkan untuk loji air di Tok Bali," katanya katanya kepada pemberita selepas merasmikan Karnival Rakyat Kelantan pada Khamis.

Bagaimanapun Mohd Amar menjelaskan, projek itu sudah berjalan tetapi peruntukan baru diluluskan.

Media sebelum ini melaporkan Perdana Menteri menolak permohonan awal Kelantan untuk RM8 bilion bagi menyelesaikan isu air di negeri itu kerana kerajaan perlu meneliti secara tepat keperluannya.

Beliau juga meminta jawatankuasa khas meneliti secara tepat keperluannya dan ada syarat yang perlu dipenuhi.

Sementara itu, Mohd Amar memberitahu, Karnival Rakyat Kelantan bertujuan mendedahkan pencapaian kerajaan dalam tempoh 33 tahun kerana ada beberapa isu yang tidak sampai kepada rakyat.

"Jadi kita harap melalui program ini rakyat menerima maklumat tepat mengenai manfaat yang diusahakan kerajaan negeri termasuk isu tanah dan pinjaman pelajaran," katanya.