Maklumat pergerakan Anwar bocor, netizen bangkit persoalan

Informasi yang dimuat naik di laman Twitter mengenai pergerakan Perdana Menteri yang didakwa menggunakan jet kerajaan.
Informasi yang dimuat naik di laman Twitter mengenai pergerakan Perdana Menteri yang didakwa menggunakan jet kerajaan.
A
A
A

SHAH ALAM - Sebuah akaun di laman Twitter mendedahkan pergerakan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang didakwa menggunakan jet kerajaan.

Akaun itu memuat naik informasi penggunaan jet tersebut dalam satu ciapan yang dipercayai digunakan bagi membawa Ahli Parlimen Tambun ke Perak pada Rabu.

"Anwar ini nak pergi Perak pun kene (kena) naik jet kerajaan. Begitulah caranya nk (nak) kurangkan kos sara hidup," katanya pemilik akaun tersebut secara sinis di Twitter pada Khamis.

Dakwaan tersebut secara tidak langsung menimbulkan tanda tanya dalam kalangan orang ramai tentang bagaimana informasi berkenaan dibocorkan sebegitu mudah kepada orang awam.

Menurut pengguna akaun W, satu siasatan harus dijalankan bagi mengesan individu yang menyebarkan maklumat tersebut.

"Senangnya maklumat Perdana Menteri tersebar? Keselamatan beliau terdedah macam itu je, Kementerian Dalam Negeri (KDN) kena siasat," ujarnya dalam komentar.

Sementara itu, individu bernama Ace menyatakan bahawa tindakan membocorkan maklumat berkenaan memberi risiko bahaya terhadap Anwar.

"Korang ini gila ke?" soalnya.