Francissca kecewa Syed Saddiq pilih artis K-Pop

Francissca Peter. - Foto: Instagram Francissca Peter
Francissca Peter. - Foto: Instagram Francissca Peter
A
A
A
SHAH ALAM - Penyanyi tersohor, Francissca Peter kecewa dengan cadangan Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman yang akan membawa masuk kumpulan penyanyi popular Korea (K-Pop), BTS ke negara ini.

Francissca berkata, keputusan itu seolah-olah menghina golongan artis tempatan yang selama ini bekerja keras untuk menapak dalam industri seni tanah air.

"Mengapa kita perlu mengundang artis luar negara mengadakan persembahan berskala besar? Jujurnya, saya tidak gembira dengan perkara ini kerana negara mempunyai ramai artis yang berbakat.

"Selain itu, saya juga tidak tahu berapa juta mereka (kementerian) akan membayar kepada BTS," katanya pada sidang media A Night With Legends Desaru Coast di sini semalam.

Menurut pelantun lagu Sekadar di Pinggiran itu, lebih menyedihkan sebahagian besar artis tanah air kini terpaksa menerima bayaran pada kadar yang rendah.
Artikel Berkaitan:


"Ini adalah satu penghinaan, umpama kami artis mesin karaoke sahaja," luahnya.

Bulan lalu, Syed Saddiq berkata, pihaknya kini dalam usaha membawa masuk BTS ke Malaysia untuk membuat persembahan sempena Tahun Melawat Malaysia 2020.

Menurutnya, usaha itu turut dilakukan dengan kerjasama Pengerusi Perbadanan Stadium Malaysia, Tan Sri Tony Fernandes.