Rugi terbeli kereta tak wujud

Mohd Wazir
Mohd Wazir
A
A
A

KUANTAN - Seorang suri rumah rugi RM1,300 selepas terbeli kereta tidak wujud yang diiklankan melalui sebuah laman sesawang.

Mangsa berusia 29 tahun dari Beserah tertarik dengan iklan jual beli kereta jenis Proton Waja itu kerana harga yang ditawarkan hanya RM5,000.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial negeri, Superintendan Mohd Wazir Mohd Yusof berkata, mangsa melayari laman sesawang itu pada 30 April lalu dan berurusan dengan penjualnya melalui nombor telefon yang tertera pada iklan tersebut.

Menurutnya, selepas bersetuju, mangsa membayar wang pendahuluan RM300 melalui akaun bank atas nama seorang individu.

“Bagaimanapun suspek (penjual) meminta mangsa membuat bayaran tambahan RM500 kerana ada pembeli lain turut berminat.

“Kerana tidak mahu terlepas peluang, mangsa akur dan membuat bayaran seperti diminta dan bayaran seterusnya berjumlah RM500 lagi turut dibayar melalui akaun lain yang diberikan,” katanya.

Mohd Wazir berkata, selepas bayaran RM1,300 diselesaikan, suspek menghilangkan diri.

“Mangsa kemudiannya membuat laporan polis selepas syak dia tertipu dalam urusan jual beli kereta tidak wujud,” katanya.

Artikel Berkaitan: