100 maut cuaca panas melampau di India

Kira-kira 100 orang maut dalam tempoh tiga hari lalu disebabkan oleh cuaca panas di beberapa kawasan India. Foto hiasan 123RF
Kira-kira 100 orang maut dalam tempoh tiga hari lalu disebabkan oleh cuaca panas di beberapa kawasan India. Foto hiasan 123RF
A
A
A

NEW DELHI - Kira-kira 100 orang maut dalam tempoh tiga hari lalu disebabkan oleh cuaca panas di beberapa kawasan India.

Kebanyakan kematian dilaporkan berlaku di kawasan utara di Uttar Pradesh, dengan 54 kematian sejak Khamis.

Di Bihar, seramai 44 orang meninggal dalam tempoh 24 jam, menurut laporan laman sesawang India Today.

Sebanyak 23 pesakit meninggal pada Khamis, 20 pada Jumaat, dan 11 pada Sabtu di hospital daerah Ballia, Uttar Pradesh, manakala 400 orang lagi dirawat di hospital disebabkan masalah kesihatan berkaitan cuaca panas.

"Terdapat kepadatan yang begitu tinggi di hospital daerah, dan orang ramai terpaksa mendukung pesakit ke wad kecemasan," menurut laporan dalam talian NDTV.

Suhu mencecah sekitar 40 darjah Celsius di kebanyakan kawasan Uttar Pradesh pada Ahad, dengan beberapa daerah mencatatkan suhu melebihi 44 darjah Celcius.

Suhu panas melampau di beberapa tempat termasuk Delhi, Rajasthan, dan Haryana, mencapai suhu sekitar 40 darjah Celsius pada Mei dan Jun. - Bernama