'Sampai sekarang pembangkang enggan runding projek kawasan' - PM

Anwar hadir merasmikan majlis menutup Konvensyen Pembangunan dan Kesejahteraan Rakyat: 'Pembangunan Madani, Rakyat Disantuni' di Dewan Perdana, UiTM Cawangan Kedah di Merbok, Kedah pada Sabtu.
Anwar hadir merasmikan majlis menutup Konvensyen Pembangunan dan Kesejahteraan Rakyat: 'Pembangunan Madani, Rakyat Disantuni' di Dewan Perdana, UiTM Cawangan Kedah di Merbok, Kedah pada Sabtu.
A
A
A

SUNGAI PETANI - [DIKEMAS KINI] Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan pihak pembangkang masih belum menerima pelawaan kerajaan untuk mengadakan perbincangan mengenai projek yang belum diluluskan.

Menurutnya, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof sebelum ini telah diminta mewakili kerajaan untuk mempelawa dan berbincang dengan ahli Parlimen pembangkang berhubung perkara tersebut namun sehingga kini masih belum ada rundingan berlaku.

"Ini soal yang dibangkitkan tentang projek-projek kawasan yang dikatakan oleh pihak pembangkang. Bila saya jadi Perdana Menteri, saya jawab dengan rundingan kita akan segera meluluskan projek pembangkang sama (seperti) dengan ahli Parlimen yang lain.

"Sampai sekarang pihak pembangkang enggan mengadakan rundingan itu. Cuma dia (pembangkang) duk serlahkan, terus kecam kita (kata) tidak bagi kelulusan zalim dan yang dulu kamu tak bagi, tak zalim lah.

Anwar menyempurnakan gimik majlis menutup Konvensyen Pembangunan dan Kesejahteraa Rakyat: 'Pembangunan MADANI, Rakyat Disantuni' di Dewan Perdana, UiTM Cawangan Kedah di Merbok, Kedah pada Sabtu.
Anwar menyempurnakan gimik majlis menutup Konvensyen Pembangunan dan Kesejahteraa Rakyat: 'Pembangunan MADANI, Rakyat Disantuni' di Dewan Perdana, UiTM Cawangan Kedah di Merbok, Kedah pada Sabtu.

"Dalam politik ini guna agama, dia putuskan hukum. Kamu tak bagi kedudukan, kamu zalim. Jadi kamu 30 tahun kamu tak bagi peruntukan, zalim ke tidak," katanya pada Sabtu.

Beliau berkata demikian semasa berucap merasmikan majlis menutup Konvensyen Pembangunan dan Kesejahteraan Rakyat: 'Pembangunan Madani, Rakyat Disantuni' di Dewan Perdana, UiTM Cawangan Kedah di Merbok, dekat sini.

Hadir sama, Timbalan Menteri Belia dan Sukan Adam Adli Abd Halim dan Ketua Setiausaha Negara (KSN) Tan Sri Mohd Zuki Ali.

Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata, Kerajaan Perpaduan tidak membelakangkan projek di kawasan pembangkang kerana mahu memastikan semua projek yang dibuat untuk rakyat terus berjalan.

"Sama ada dia melalui ahli Parlimen parti Kerajaan Perpaduan atau pun pembangkang atau tidak, ia tidak mempengaruhi keputusan kita untuk menentukan projek rakyat mesti diutamakan.

"(Cuma) perlu ada satu mesyuarat, setuju hari ini, esok saya luluskan contoh hari Isnin kita setuju hari Selasa saya luluskan, walaupun Pilihan Raya Negeri (PRN) tidak lama lagi, ia tak jadi isu.

"Saya tahu peranan saya sebagai perdana menteri menjaga kepentingan semua rakyat," ujar Ahli Parlimen Tambun itu.

Kerajaan beri kelonggaran kaedah perolehan kerja - PM

Dalam pada itu Anwar berkata, kerajaan bersetuju memberikan kelonggaran bagi kaedah perolehan kerja untuk semua projek penyelenggaraan termasuk pengecualian ke atas Arahan Perbendaharaan (AP) 182 kepada semua kementerian dan agensi pelaksana sehingga peringkat negeri dan daerah.

Menurutnya, Kementerian Kewangan bersetuju memberikan kelonggaran bagi kaedah perolehan kerja dengan had nilai sehingga RM1 juta.

Beliau berkata, semua projek Kerajaan Persekutuan merangkumi penyelenggaraan dan pembaikan yang bernilai sehingga RM1 juta boleh dilaksanakan terus di peringkat negeri dan daerah tanpa perlu melalui Jabatan Teknikal termasuk Jabatan Kerja Raya dan Jabatan Pengairan dan Saliran.

"Pengesahan kerja siap boleh dibuat oleh ketua jabatan atau pegawai yang diturunkan kuasa di peringkat agensi pelaksana negeri dan daerah dengan mematuhi kesempurnaan kerja mengikut tadbir urus baik," katanya pada Sabtu.

Beliau berkata demikian semasa berucap menutup Konvensyen Pembangunan dan Kesejahteraan Rakyat: 'Pembangunan Madani, Rakyat Disantuni' di Dewan Perdana, UiTM Cawangan Kedah di Merbok, dekat sini.

Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata, pendekatan itu diputuskan bagi memastikan tidak ada kelewatan berlaku ke atas projek-projek kecil tersebut.

"Saya nak beri jaminan kepada pegawai-pegawai daerah, jangan bimbang kalau daripada segi teknikal sedikit, saya beritahu SPRM (Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia) jangan ganggu kalau hanya ada beberapa kelemahan prosedur teknikal.

"Kita harus ganggu ialah (mereka) yang 'merompak'. Kalau guna kontraktor yang sama itu akan disiasat.

"Nak dicepatkan saya bagi jaminan, dan hari ini saya tegaskan semula, saya beritahu kepada SPRM dan KPSU (Ketua Penolong Setiausaha) kita tidak akan rumitkan kerja pegawai daerah. Saya tidak mahu lagi dengar ada kelewatan," ujar beliau.