Malaysia bukan lagi negara kleptokrasi global

Lim Kit Siang
Lim Kit Siang
A
A
A

SANDAKAN - Pencapaian terbesar kerajaan Pakatan Harapan (PH) setelah genap setahun mentadbir negara dapat dilihat apabila berjaya mengakhiri gelaran yang mengaibkan iaitu Malaysia kleptokrasi global di samping usaha yang berterusan untuk menjadikan Malaysia sebuah negara yang berintegriti, kata Penasihat DAP Lim Kit Siang.

Beliau berkata, rakyat Malaysia sebelum ini malu untuk memperkenalkan diri sebagai warga Malaysia apabila ke luar negara susulan skandal 1Malaysia Development Bhd (1MDB), aib kerana Malaysia dilabel sebagai kleptokrasi global dan mempunyai Perdana Menteri ketika itu yang dikenali di seluruh dunia sebagai pencuri.

“Saya sendiri kecewa apabila Indeks Persepsi Rasuah (CPI) 2018 yang diumumkan oleh badan ketelusan antarabangsa, Transparency International (TI) pada akhir Januari tahun ini bahawa Malaysia naik satu tangga ke atas kepada kedudukan 61 daripada 180 negara, mengekalkan skor 47 mata (daripada 100) dalam indeks rasuah sama seperti pada tahun sebelumnya, walaupun bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan beberapa tokoh terkenal termasuk bekas menteri Kabinet didakwa atas tuduhan rasuah tahun lepas.

Ia satu peringatan bahawa satu tindakan yang baik tidak bererti semua yang lain juga akan mendapat tempias positif iaitu pendakwaan terhadap bekas Perdana Menteri dan bekas menteri Kabinet, bagaimana menonjol pun sesuatu perkara itu, tidak akan mudah mengubah Malaysia daripada sebuah kleptorasi global kepada contoh cemerlang sebuah negara berintegriti,” katanya dalam kenyataan di sini.

Kit Siang berkata kerajaan menyuntik RM6.3 bilion untuk memulihkan Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) dan RM17.8 bilion bagi Lembaga Tabung Haji, bertujuan untuk mengubah Malaysia daripada kleptorasi global menjadi sebuah negara yang berintegriti, yang sedang dilaksanakan.

Artikel Berkaitan: