Pakar beri amaran El Nino bakal landa Thailand

Thailand diramal berdepan kemarau teruk pada 2028. - Agensi
Thailand diramal berdepan kemarau teruk pada 2028. - Agensi
A
A
A

BANGKOK - Pakar memberi amaran kepada Thailand supaya bersiap sedia berdepan purata hujan luar biasa rendah yang mungkin membawa kepada musim kemarau panjang akibat corak cuaca El Nino, lapor Bangkok Post.

Oleh itu, kerajaan harus mengambil tindakan proaktif dengan pelan pengurusan air komprehensif bagi meminimumkan kesan.

Penyelidikan dan Inovasi Sains Thailand (TSRI) pada Rabu mengadakan persidangan mengenai pengurusan air untuk berdepan dengan El Nino pada tahun ini dan masa akan datang.

Persidangan dihadiri oleh penyelidik dan pegawai daripada agensi berkaitan yang membincangkan mengenai perubahan iklim, pengurusan sumber air dan cabaran mungkin timbul.

Pasukan penyelidik ditaja TSRI berkata, kajian mengenai cuaca sekarang hingga 2028 menunjukkan kemungkinan hujan yang lebih rendah berbanding biasa.

Penyelidik daripada Jabatan Meteorologi, Chalump Oonariya berkata, kajian tersebut meramalkan kesan El Nino akan dirasai dalam lima tahun akan datang apabila hujan berlaku pada kadar rendah.

Katanya, kemarau teruk diramalkan berlaku di selatan pada 2025 dan kemarau besar-besaran akan berlaku pada 2028.

Kajian sedang dijalankan terhadap hubungan antara hujan, aliran sungai dan kelembapan tanah sebagai persediaan menghadapi kemarau. - Agensi