Bukan Islam 'buru' sijil halal Jakim

Laporan muka depan Sinar Harian pada Isnin.
Laporan muka depan Sinar Harian pada Isnin.
A
A
A

SHAH ALAM - Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) mendedahkan hampir 72 peratus atau 165,026 daripada keseluruhan 229,204 produk yang mempunyai sijil halal di negara ini dimiliki oleh syarikat bukan Islam dan hanya 37,466 produk bumiputera.

Angka tersebut adalah untuk tempoh dari tahun 2021 hingga 10 April 2023.

Pengarah Bahagian Pengurusan Halal Jakim, Mohamad Zamri Mohamed Shapik berkata, pada tahun ini sahaja sehingga 10 April lalu terdapat 21,448 produk milikan bukan bumiputera yang mempunyai status halal Jakim berbanding 8,341 produk bumiputera.

Berdasarkan angka terkini pemegang pensijilan halal dikeluarkan Jakim, Mohamad Zamri menjelaskan hanya 41 peratus usahawan bumiputera Islam yang berminat mendapatkan sijil penting berkenaan.

*Baca laporan penuh di Sinar Premium.