Monyet ceroboh bilik

Anggota bomba berusaha menangkap seekor monyet di sebuah rumah di Jalan Gaya Merak 5 Taman Gaya, di sini pada Selasa.
Anggota bomba berusaha menangkap seekor monyet di sebuah rumah di Jalan Gaya Merak 5 Taman Gaya, di sini pada Selasa.
A
A
A

KUALA SELANGOR - Seekor monyet dewasa menceroboh masuk bilik sebuah rumah di Jalan Gaya Merak 5 Taman Gaya, di sini pada Selasa.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Wan Md Razali Wan Ismail berkata, bomba menerima panggilan kecemasan pada jam 6.59 petang.

Menurut beliau, seramai tujuh pegawai dan anggota kemudian bergegas ke tempat kejadian selepas menerima aduan berkenaan.

"Sebaik tiba di lokasi kejadian, pasukan kami mendapati terdapat seekor monyet dewasa berada di dalam bilik rumah penduduk," katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.

Wan Md Razali berkata, anggota kemudiannya bertindak menangkap monyet tersebut dan melepaskannya ke habitat asal.

"Tiada mangsa dilaporkan cedera dalam kejadian berkenaan," jelas beliau.