Video belalai air tular bukan kejadian baru

Tangkap layar video yang tular mengenai kejadian fenomena belalai air yang berlaku pada 2017.
Tangkap layar video yang tular mengenai kejadian fenomena belalai air yang berlaku pada 2017.
A
A
A

GEORGETOWN - Video kejadian puting beliung kecil atau belalai air di perairan Pulau Pinang ditularkan kembali di media sosial.

Video dipercayai dirakam beberapa pengguna jalan raya yang sedang melalui Jambatan Pulau Pinang merupakan kejadian berlaku pada 2017 selepas hujan lebat melanda beberapa kawasan di Pulau Pinang, termasuk Perai dan Butterworth.

Semakan di beberapa portal di laman sosial mendapati, video kejadian fenomena tersebut ditularkan semula dan ada yang mendakwa ia kejadian terbaru di Pulau Pinang.

Puting beliung kecil ini lebih dikenali sebagai belalai air atau waterspout.

Ia terjadi akibat daripada kejadian ribut petir dalam keadaan awan yang rendah.

Terdapat dua jenis belalai air yang biasa terjadi iaitu belalai air jenis tornadik dan belalai air jenis cuaca baik.

Kedua-dua jenis belalai air ini memerlukan kelembapan udara dengan suhu air yang tinggi, berbanding dengan udara sekeliling.

Belalai air ini biasanya terjadi di kawasan pesisir pantai dan hanya berlaku dalam masa yang singkat.