Pengendali premis penginapan perlu daftar cukai pelancongan

Pengendali premis penginapan diingatkan agar mendaftar cukai pelancongan. - Gambar hiasan 123RF
Pengendali premis penginapan diingatkan agar mendaftar cukai pelancongan. - Gambar hiasan 123RF
A
A
A

ALOR SETAR - Mana-mana individu menyedia dan mengendali premis penginapan kepada pelancong bagi tujuan perniagaan diingatkan agar mendaftar cukai pelancongan.

Pengarah Kastam Kedah, Nor Izah Abdul Latiff berkata, pendaftaran cukai pelancongan itu perlu dilakukan pengendali hotel yang menyediakan lima bilik dan ke atas

Menurutnya, cukai ini dikenakan dan dilevi ke atas pelancong asing yang menginap di mana-mana premis penginapan disediakan pengendali penginapan dengan kadar ditetapkan adalah RM10 per bilik per malam selaras dengan peruntukan Seksyen 8 Akta Cukai Pelancongan 2017.

"Jadi, pengendali premis penginapan dengan lima bilik dan ke atas dikehendaki berdaftar di bawah Seksyen 10 Akta Cukai Pelancongan 2017.

"Kegagalan pengendali berbuat demikian boleh dikenakan tindakan perundangan," katanya dalam kenyataan pada Selasa.

Nor Izah berkata, permohonan pendaftaran boleh dibuat melalui laman sesawang https://www.myttx.customs.gov.my/ >Registration>Application for tourism tax resgistration.

Orang awam memiliki pertanyaan boleh menghubungi Bahagian Cukai Dalam Negeri Jabatan Kastam Negeri Kedah di talian 04-7751299 atau melalui email farahidayu.juhari@customs.gov.my.