AS akan sertai semula UNESCO

AS akan menyertai semula UNESCO yang berpangkalan di Paris. - Foto AFP
AS akan menyertai semula UNESCO yang berpangkalan di Paris. - Foto AFP
A
A
A

PARIS - Amerika Syarikat (AS) akan menyertai semula organisasi pelajaran, saintifik dan kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) yang berpangkalan di Paris, kata Ketua Pengarahnya, Audrey Azoulay pada Isnin.

"Ini merupakan keyakinan yang kuat terhadap UNESCO dan dalam multilateralisme. Bukan sahaja terhadap mandat organisasi dalam budaya, pendidikan, sains, maklumat - bahkan terhadap cara mandat itu dilaksanakan hari ini," kata Azoula lapor Agensi Berita Jerman dpa.

Beliau berkata, AS telah memaklumkan secara rasmi keputusan untuk menyertai semula UNESCO pada Julai berdasarkan pelan kewangan yang konkrit.

AS menggantung sumbangannya kepada UNESCO pada 2011 dan memberitahu organisasi keputusannya untuk menarik diri secara sah pada 12 Oktober 2017.

Pembabitan semula AS adalah hasil persetujuan yang dicapai oleh Kongres pada Disember 2022 yang membenarkan sumbangan kewangan kepada UNESCO, menurut organisasi itu dalam satu kenyataan. -Bernama-dpa