Bot terbakar di Mesir: Tiga warga Britain terbunuh

Tiga warga Britain yang hilang dalam insiden bot terbakar di Laut Merah di luar Mesir disahkan meninggal dunia.
Tiga warga Britain yang hilang dalam insiden bot terbakar di Laut Merah di luar Mesir disahkan meninggal dunia.
A
A
A

LONDON - Tiga warga Britain yang hilang dalam insiden bot terbakar di Laut Merah di luar Mesir disahkan meninggal dunia, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).

Jurucakap Scuba Travel berkata, kejadian berlaku selepas bot selam skuba Hurricane bersaiz sederhana terbakar di luar bandar peranginan Marsa Alam pada Ahad.

Ketiga-tiga penumpang itu adalah antara 15 penyelam profesional yang turut berada di atas bot itu ketika kebakaran berlaku kira-kira 8.30 pagi waktu tempatan.

Sebuah kapal berhampiran digunakan untuk memindahkan 12 penyelam dan 14 anak kapal terpaksa meninggalkan kapal selepas gagal menemukan tiga penyelam malang itu, menurut Scuba Travel.

Pihak berkuasa Mesir sebelum ini berkata pemeriksaan awal mendapati kebakaran berpunca daripada litar pintas elektrik di dalam bilik enjin bot.

Pusat peranginan Laut Merah Mesir popular dalam kalangan pelancong Eropah kerana destinasi menyelamnya dengan akses mudah ke terumbu karang dan hidupan marin yang pelbagai. - Bernama