JCM edisi ke-43 terima sambutan dari luar negara

Peserta program Jom Cuci Masjid atau JCM edisi ke-42 sedang melakukan kerja- kerja pembersihan di Masjid Qariah Kg Sawah Sunggala, Port Dickson, Negeri Sembilan.
Peserta program Jom Cuci Masjid atau JCM edisi ke-42 sedang melakukan kerja- kerja pembersihan di Masjid Qariah Kg Sawah Sunggala, Port Dickson, Negeri Sembilan.
A
A
A

SHAH ALAM - Program Jom Cuci Masjid atau JCM edisi ke-43 menerima sambutan menggalakkan di Masjid Qariah Kg Sawah Sunggala, Port Dickson, Negeri Sembilan dengan penyertaan lebih 200 peserta.

Ia termasuk 30 penunggang motosikal berkuasa tinggi dari luar negara iaitu Singapura dan Thailand.

Program amal anjuran Persatuan JCM pada kali ini mendapat kerjasama Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (Angkasa) yang turut menghantar lebih 20 sukarelawan Coopcare.

JCM dalam satu kenyataan berkata, antara aktiviti yang dijalankan sempena program tersebut adalah kerja pembersihan, mencuci dan mengecat masjid, solat berjemaah, membersihkan Tanah Perkuburan Islam Kg Sawah Sunggala serta ceramah.

"Selesai tugas masing-masing, program Bicara Santai bersama Presiden Sifu Bikerz, Hanafiah Abdul Malek dan bekas selebriti, Shamsul Ghau-Ghau telah diadakan di di Tanah Perkuburan Islam Kg Sawah Sunggala.

"Peserta turut berpeluang membuat pemeriksaan kesihatan yang disediakan Hospital Port Dickson," katanya pada Ahad.

Tambah kenyataan itu, di penghujung program, JCM menyampaikan barangan keperluan asas kepada komuniti asnaf kariah.

Peserta program Jom Cuci Masjid atau JCM edisi ke-42 sedang melakukan kerja- kerja mengecat di Masjid Qariah Kg Sawah Sunggala, Port Dickson, Negeri Sembilan.
Peserta program Jom Cuci Masjid atau JCM edisi ke-42 sedang melakukan kerja- kerja mengecat di Masjid Qariah Kg Sawah Sunggala, Port Dickson, Negeri Sembilan.

"Ini termasuk penyerahan 60 pek keperluan asas seperti beras, minyak masak, tepung dan pelbagai barangan lain yang merupakan hasil sumbangan daripada Koperasi Angkasa," jelasnya.

Sementara itu, Presiden Angkasa, Datuk Seri Dr Abdul Fattah Abdullah memberitahu, pihaknya dalam usaha untuk mempromosikan konsep masjid.

"Masjid bukan sahaja tempat ibadat harian semata-mata, sebaliknya menjadi pusat kecemerlangan sepertimana zaman Rasulullah SAW.

"Ia juga merupakan tempat segala aktiviti untuk kariah dan kemasyarakatan," ujarnya.

Menurut peserta JCM, Khoo Hock Kin, sebenarnya Malaysia mempunyai kepelbagaian budaya dan agamakan.

"Ia adalah satu kelebihan. Biasanya kita buat sukan agar dapat mengenali lebih mendalam perihal masing-masing," katanya.