AS dilanda jerebu bertoksik

Jerebu bertoksik menyelubungi Manhattan, New York akibat asap kebakaran hutan di Kanada. - AFP
Jerebu bertoksik menyelubungi Manhattan, New York akibat asap kebakaran hutan di Kanada. - AFP
A
A
A

WASHINGTON - Asap dari kebakaran hutan menyelubungi bandar-bandar Amerika Syarikat (AS) pada khamis sehingga mencetuskan jerebu bertoksik dan menyebabkan jadual penerbangan terpaksa ditangguhkan serta mengganggu acara luar.

Langit tebal dan berbau unggun api sangat menyengat menyelubungi ibu negara Washington manakala sebahagian wilayah tengah Atlantik mencapai amaran 'Kod Jingga', kategori tertinggi Indeks Kualiti Udara (AQI) amat merbahaya.

Fenomena ini melebihi beberapa bandar paling tercemar di dunia seperti Asia dan China sehingga memaksa penduduk memakai pelitup muka bagi menjaga kesihatan mereka.

Difahamkan walaupun keadaan bertambah baik, tetapi dijangka tidak kembali normal sehingga hujung minggu depan.

Bandar raya New York diselubungi jerebu akibat asap kebakaran hutan di Kanada. - AFP
Bandar raya New York diselubungi jerebu akibat asap kebakaran hutan di Kanada. - AFP

Agensi Perlindungan Alam Sekitar berkata, lebih 111 juta penduduk di AS sedang berada di bawah amaran kualiti udara teruk akibat kebakaran ini.

"Jutaan rakyat Amerika sedang mengalami kesan akibat asap kebakaran hutan yang memusnahkan dan membakar Kanada, satu lagi peringatan jelas mengenai kesan perubahan iklim,"kata Presiden AS, Joe Biden dalam satu kenyataan.

Beliau menambah, AS menghantar sumber tambahan ke Kanada, termasuk anggota bomba tambahan dan aset pencegah kebakaran seperti kapal tangki udara, selain 600 kakitangannya yang dihantar pada Mei lalu.

Sementara itu Environment Canada berkata, pencemaran daripada kebakaran hutan dijangka sampai di kemuncak Khamis di Toronto. - AFP