Kapal TLDM dalam pembaikan terbakar

KD Laksamana Muhammad Amin yang sedang dalam pembaikan terbakar ketika kejadian di Kampung Acheh, Sitiawan pada Jumaat.
KD Laksamana Muhammad Amin yang sedang dalam pembaikan terbakar ketika kejadian di Kampung Acheh, Sitiawan pada Jumaat.
A
A
A

SITIAWAN - Sebuah kapal Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), KD Laksamana Muhammad Amin yang sedang dalam pembaikan terbakar pada pagi Jumaat.

Ketua Operasi Bomba dan Penyelamat Sitiawan, Mohd Azizi Zakaria berkata, pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian berkenaan jam 10.03 pagi sebelum bergegas ke lokasi kejadian di Kilang Gred One, Kampung Acheh di sini.

Menurutnya, kebakaran berkenaan membabitkan bahagian bilik penyimpanan peluru sebanyak 10 peratus, namun tiada sebarang peluru di lokasi kejadian.

Anggota bomba dan penyelamat sedang memadam kebakaran yang berlaku di bilik peluru KD Laksamana Muhammad Amin dalam kejadian di Kampung Acheh di sini pada Jumaat.
Anggota bomba dan penyelamat sedang memadam kebakaran yang berlaku di bilik peluru KD Laksamana Muhammad Amin dalam kejadian di Kampung Acheh di sini pada Jumaat.

"Pasukan Bomba dan Penyelamat melakukan tindakan pemadaman yang turut melibatkan pasukan ERT (Pasukan Tindakan Kecemasan) Pelabuhan.

"Ketika ini pasukan bomba sedang membuat ventilation dan operasi pemadaman masih diteruskan.

"Kerja-kerja pemadaman dibuat menggunakan aliran 200 kaki dua pancutan air dilakukan di lokasi kejadian," katanya kepada Sinar Harian pada Jumaat.

Mohd Azizi berkata, kejadian tidak membabitkan mangsa dan operasi juga dalam keadaan terkawal.

Anggota bomba dan penyelamat sedang memadam kebakaran di bilik peluru KD Laksamana Muhammad Amin dalam kejadian di Kampung Acheh, Sitiawan pada Jumaat.
Anggota bomba dan penyelamat sedang memadam kebakaran di bilik peluru KD Laksamana Muhammad Amin dalam kejadian di Kampung Acheh, Sitiawan pada Jumaat.

Katanya, operasi turut melibatkan bantuan dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Manjung serta pasukan Bomba TLDM selain anggota utama dari BBP Sitiawan.

Jelasnya, jumlah keseluruhan anggota yang terlibat dalam operasi berkenaan seramai 17 orang termasuk pegawai dan pasukan Bomba TLDM seramai 30 orang.