Komen Jocelyn pertahan lawak disifatkan kurang ajar - MB Johor

Tangkap layar kenyataan Onn Hafiz di laman Facebooknya yang menyelar tindakan Jocylen Chia mempertahankan lawaknya.
Tangkap layar kenyataan Onn Hafiz di laman Facebooknya yang menyelar tindakan Jocylen Chia mempertahankan lawaknya.
A
A
A

JOHOR BAHRU - Menteri Besar, Datuk Onn Hafiz Ghazi menyelar tindakan pelawak Singapura, Jocelyn Chia yang terus mempertahankan lawaknya berhubung tragedi kehilangan pesawat MH370 yang dibuat sebelum ini.

Menerusi muat naik di laman Facebooknya, Onn Hafiz menyifatkan tindakan pelawak itu sebagai biadap dan kurang ajar.

"Masih lagi nak menegakkan benang yang basah. Biadap dan kurang ajar!," tegasnya.

Jocelyn menerusi akaun Instagram @chiacomedy dilihat terus mempertahankan dirinya berkenaan lawak yang dibuatnya tanpa menghiraukan komen-komen ramai pihak yang tersinggung dengan videonya sebelum ini.

"People take jokes way too seriously" tulisnya.

Menjengah ruangan komen di laman Facebook Onn Hafiz Ghazi, rata-rata mahu tindakan tegas diambil terhadap pelawak itu selain menghalangnya masuk negara ini.

Sebelum itu pada Rabu, Jocelyn menerusi video berdurasi satu minit 29 saat yang dimuat naik menerusi laman sosial TikTok menggunakan Malaysia sebagai bahan jenaka dalam satu persembahan komedi berdiri mengundang kecaman netizen kerana ia seolah-oleh menghina negara.

Lebih menyedihkan apabila wanita berkenaan turut memperlekehkan tragedi kehilangan pesawat MH370.