Penempatan, kebun PATI digempur

Imigresen menahan 22 PATI dalam serbuan di kawasan penempatan haram di Pulau Meranti, Puchong di Selangor pada Khamis. - Foto MOHD HALIM ABDUL WAHID
Imigresen menahan 22 PATI dalam serbuan di kawasan penempatan haram di Pulau Meranti, Puchong di Selangor pada Khamis. - Foto MOHD HALIM ABDUL WAHID
A
A
A

PUCHONG - Kawasan pertanian yang diusahakan warga asing dengan kelengkapan sumber air serta penempatan haram di Pulau Meranti di sini, digempur pada Khamis.

Serbuan kira-kira jam 1.30 pagi itu dijalankan dengan kekuatan 238 pegawai Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Putrajaya, Selangor, Kuala Lumpur, Negeri Sembilan dan Melaka dengan kerjasama Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM).

Sinar Harian yang turut menyertai operasi itu mendapati beberapa perusahaan tanaman telah siap dituai.

Ketika serbuan, terdapat warga asing yang cuba bersembunyi hampir 30 minit di kawasan semak sebelum berjaya dijumpai dan merayu agar tindakan tidak diambil terhadapnya.