realme C53: Peranti tahan lasak, lulus enam ujian ketahanan

A
A
A

No Image Caption



Jenama telefon pintar yang paling pesat mencipta nama, realme kini tampil dengan produk telefon pintar terbaharunya yang menang pada harga dan juara pada prestasinya.

Bagi memastikan para pelanggan berpuas hati dengan setiap pembelian peranti C53 ini, realme memastikan telefon pintar ini tahan lasak.

Sesuai dengan title sebagai telefon pintar Champion, ini bermakna ia dibuat untuk tahan lasak. realme mahu pengguna mereka dapat guna dan menikmati telefon pintar mereka untuk tahun-tahun akan datang.

Oleh itu, realme memastikan setiap telefon diuji secara menyeluruh untuk memastikan kualiti dan umur panjang. realme C53 telah menjalani 6 piawaian jaminan kualiti untuk menjamin ia akan berfungsi dengan baik untuk tahun-tahun akan datang, termasuk ujian bateri, ujian jatuh, ujian perkakasan lain dan juga ujian keselamatan dan persekitaran yang melampau.

Ini ialah telefon yang akan memberikan anda prestasi yang boleh dipercayai dan enjoy selama bertahun-tahun.

Prestasi menggagumkan

Pendek kata, mereka yang memiliki realme C53 ini akan cukup berpuas hati. Puas hati dari segi harganya dan puas hati dengan prestasi serta penampilannya.

No Image Caption

Dengan harga mampu milik hanya RM599, realme C53 yang dalam Siri C terbaharu ini dikuasakan dengan cipset berkuasa teras okta dengan padanan memori dinamik atau 'Dynamic RAM' 12GB dan ini adalah peranti yang kelas permulaan yang menawarkan kapasiti RAM sebesar itu.

Dengan Teknologi DRE Dynamic RAM Expansion, realme C53 boleh mengembangkan RAM sehingga 6GB untuk menikmati pengalaman penggunaan yang lebih lancar.

Tidak cukup dengan itu, realme C53 adalah satu lagi peranti dengan ciri seakan Dynamic Island iaitu Mini Capsule yang boleh memaparkan status pengecasan, peratusan bateri, notifikasi dan banyak lagi.

Peranti baharu ini turut menjalankan realme UI T Version berasaskan Android 13 yang mirip Android asli.

Memang berbaloi bukan dengan harganya yang mesra pengguna kelas B40 dan M40 namun menawarkan prestasi serta keupayaan seumpama telefon pintar kelas kayangan.

Kamera mod malam, penuras istimewa

Bagi kamera pula, C53 menggunakan konfigurasi dwi-kamera 50MP AI + 2MP potret dan kamera swafoto 8 Megapixel.

No Image Caption

realme dalam pengeluaran peranti terbaharunya sentiasa menjanjikan kamera dengan kemampuan kecerdasan buatan yang baik serta ciri mereka yang terkenal seperti mod malam dan penuras istimewa.

Ini kerana realme sentiasa memahami keinginan para peminatnya yang bukan sahaja memilih telefon pintar kesukaan mereka atas sebab harga atau prestasi tapi juga kamera mesti mau cantik.

Caj 31 minit dapat bateri 50 peratus

Model C53 itu menyasarkan untuk menamatkan era pengecasan perlahan dengan menawarkan pengecasan Supervooc 33W, teknologi pengecasan arus rendah voltan tinggi yang mengambil masa hanya 31 minit untuk mengecas hingga 50 peratus.

No Image Caption

Berbanding dengan potensi pengecasan sebelum ini sebanyak 10W, C33 dan C53 telah meningkatkan kelajuan pengecasannya sebanyak 100 peratus.

Dengan bateri 5000mAh yang besar, C53 menyediakan prestasi pengecasan tanpa kebimbangan untuk meningkatkan pengalaman penggunaan seharian.

Badan nipis, warna menawan

Reka bentuk badan sesuatu peranti juga sudah semestinya menjadi antara kriteria yang diambil kira oleh pengguna. Oleh itu, realme C53 ini tampil sebagai telefon pintar peringkat permulaan rekaan terbaik dengan reka bentuk bersaiz 7.49mm, paling nipis dalam segmen itu dan dalam Siri C realme.

No Image Caption

Untuk pilihan warna pula ia direka dengan reka bentuk Shiny Champion yang didatangkan dengan warna Champion Gold dan Mighty Black yang pastinya akan memukau mata para peminatnya.

C53 turut dilengkapi dengan pembesar suara UltraBoom dan penderia pantas cap jari sisi.

Jom dapatkan segera peranti pintar tahan lasak ini yang menjanjikan kepuasan membeli dan memiliki untuk anda.

Anda boleh beli realme C53 ini di platform digitl tiktok atau di shopee mahupun di lazada.