Maggi® angkat citarasa Malaysia

Dari kiri Shahrim, Muluk, Aranols, Ivy, Soi Ping dan Anis pada Pelancaran Maggi® Mi Goreng Laksa Warisan di Kuala Lumpur pada Rabu.
Dari kiri Shahrim, Muluk, Aranols, Ivy, Soi Ping dan Anis pada Pelancaran Maggi® Mi Goreng Laksa Warisan di Kuala Lumpur pada Rabu.
A
A
A

KUALA LUMPUR – Maggi® terus mengangkat tradisi masakan Malaysia dengan memperkenalkan Mi Goreng Laksa Warisan.

Ketua Pegawai Eksekutif Nestlé (Malaysia) Berhad, Juan Aranols berkata, Mi Goreng Laksa Warisan dipilih sebagai tema kerana ia merupakan identiti hidangan Malaysia yang mempunyai rasa asli dan aromanya tersendiri.

Menurutnya Aranols, pemilihan itu juga sebagai penghormatan kerana jenama berkenaan berjaya melakar sejarah lebih 50 tahun berada dalam industri makanan halal di negara ini.

“Maggi di bawah Nestle yang mempunyai pasukan yang arif dalam memastikan produk di bawah jenama ini diiktiraf dan mempunyai sijil halal Malaysia.

“Industri makanan halal mempunyai permintaan tinggi jadi kita gunakan peluang yang ada untuk memperkenalkan citarasa Malaysia ke seluruh dunia,” katanya pada sidang akhbar selepas Pelancaran Maggi® Mi Goreng Laksa Warisan di sini pada Rabu.

Turut hadir, Pegawai Eksekutif Perniagaan Maggi Nestlé (Malaysia) Berhad, Ivy Tan; Pengarah Eksekutif Jualan, Nestlé (Malaysia) Berhad, Chew Soi Ping; Pakar Makanan Warisan Negara, Prof Madya Dr Shahrim Karim; Chef selebriti, Anis Nabilah dan Chef Maggi®, Chef Muluk.

Aranols berkata, buat permulaan, ia akan dipasarkan di Singapura sebelum mula memasuki pasaran Asia.

“Kita yakin jika di Singapura ia mendapat sambutan yang baik, secara automatik ia akan mendapat sambutan peminat makanan segera di negara Asia yang lain,” ujarnya.

Mengulas lanjut mengenai harga yang ditawarkan bagi produk itu, Aranols berkata, ia mampu dibeli oleh sesiapa kerana harganya yang murah.

“Setiap pek Mi Goreng Laksa Warisan hanya RM8. Ia adalah harga yang mampu dibeli oleh sesiapa sahaja, jadi dia sasaran khusus untuk penggemar pek terbaharu ini,” jelasnya.

Sementara itu, Profesor Dr Shahrim Karim berkata, laksa ialah hidangan yang berakar umbi dalam komuniti Peranakan, diilhamkan oleh warisan budaya Cina, Malaysia dan Indonesia di Asia Tenggara.

“Langkah Maggi memperkenalkan Mi Goreng Laksa Warisan adalah tepat dalam memperkenalkan jenama yang merangkumi citarasa dan budaya negara ini,” jelasnya.