MP Jelebu nafi keluar Umno

 Datuk Jalaluddin Alias. Gambar kecil: Maklumat tular dalam media sosial.
Datuk Jalaluddin Alias. Gambar kecil: Maklumat tular dalam media sosial.
A
A
A

JELEBU- Ahli Parlimen Jelebu, Datuk Jalaluddin Alias sekali lagi menafikan beliau bakal keluar Umno seperti mana yang tular dalam media sosial.

Menerusi maklumat tular itu, Ahli Parlimen Jelebu antara yang disebut selain Larut, Hulu Terengganu, Jempol dan Tasek Gelugor.

Jalaluddin bagaimana pun ketika mengulas mengenainya berkata, mengakui ada pihak yang tidak senang dengan perpaduan Umno dan hampir berjaya meruntuhkannya.

“Saya harap MP dan pemimpin Umno yang berbaki ini terus istiqamah,” katanya kepada Sinar Harian hari ini.

Terdahulu, Jalaluddin pernah mengeluarkan kenyataan sama pada September lalu dengan menegaskan bahawa beliau tidak mungkin bertindak sedemikian (keluar parti) .

Beliau merangkap Ahli Majlis Kerja Tertinggi Umno berkata sebagai seorang pemimpin yang lahir dan melalui perjuangan dalam ‘kilang’ Umno sejak sekian lama, tidak mungkin beliau bertindak untuk meninggalkan parti.

Katanya, beliau tetap dengan perjuangan dalam Umno dan kekal mempertahankan parti dalam apa juga keadaan.

Artikel Berkaitan: