Ajinomoto rai pemenang pingat Sukan SEA

Tomoharu Abe (empat dari kiri) bersama Nor Sarah (lima dari kiri), Andre Anura (empat dari kanan) dan Queenie (tiga dari kanan) pada majlis penghargaan pemenang pingat di bawah ASEAN Victory Projek Bagi Sukan SEA Ke-32 di Kilang Ajinomoto Bandar Enstek, Nilai, baru-baru ini. - Foto Ajinomoto (Malaysia) Berhad
Tomoharu Abe (empat dari kiri) bersama Nor Sarah (lima dari kiri), Andre Anura (empat dari kanan) dan Queenie (tiga dari kanan) pada majlis penghargaan pemenang pingat di bawah ASEAN Victory Projek Bagi Sukan SEA Ke-32 di Kilang Ajinomoto Bandar Enstek, Nilai, baru-baru ini. - Foto Ajinomoto (Malaysia) Berhad
A
A
A

AJINOMOTO (Malaysia) Berhad (AMB) menzahirkan ucapan tahniah dan syabas kepada tiga atlet negara yang telah mengharumkan nama Malaysia pada temasya Sukan SEA ke-32 di Kemboja baru-baru ini.

Sempena meraikan kejayaan mereka, AMB menganjurkan majlis penghargaan di Kilang AMB, Bandar Enstek, Seremban baru-baru ini.

Ketiga-tiga atlet di bawah ASEAN Victory Project® ialah Andre Anura Anuar yang membawa pulang pingat emas bagi acara lompat kijang, manakala pelempar cakera, Queenie Ting Kung Ni dan atlet lompat galah, Nor Sarah Adi masing-masing berjaya membawa pulang perak.

Terdahulu, ketiga-tiga atlet tersebut mengambil bahagian dalam Program Pemakanan Sukan Winning Meals Kachimeshi® di bawah ASEAN Victory Project®.

Mereka diberi pendedahan mengenai pemakanan sukan dan menerima makanan seimbang bagi memenuhi keperluan latihan dan sasaran pada Sukan SEA ke-32, Kemboja yang berlangsung pada 5 hingga 17 Mei lalu.

Malah, ketiga-tiga atlet berkenaan mengakui bahawa program nutrisi sukan Winning Meals Kachimeshi® telah membantu mereka mencapai potensi dan prestasi luar biasa bagi membolehkan mereka meraih keputusan cemerlang pada edisi Sukan SEA kali ini.

Pengarah Urusan AMB, Tomoharu Abe berkata, pihaknya berharap Program Winning Meals Kachimeshi® akan dapat terus memberi sokongan dan manfaat kepada seluruh rakyat Malaysia.

“Program Winning Meals Kachimeshi® ini juga diharapkan dapat memupuk amalan ‘Pemakanan Sihat, Hidup aktif’ dalam kalangan atlet dan individu yang aktif bersukan,” katanya ketika Majlis Penghargaan Pemenang Pingat di bawah ASEAN Victory Project® dalam Sukan SEA ke-32 di Kilang AMB, Bandar Enstek, Serembang baru-baru ini.

Penglibatan AMB dalam pemakanan nutrisi sukan bermula sejak 2019 melalui kerjasama dengan Kementerian Pendidikan dalam 'Projek Kesedaran Pemakanan Sukan'.

Projek itu adalah inisiatif Penciptaan Nilai Bersama oleh Kumpulan Ajinomoto (ASV) yang bertujuan mendidik dan meningkatkan kesedaran terhadap kepentingan nutrisi sukan dalam kalangan pelajar-atlet.

Projek tersebut masih diteruskan dan kini melibatkan tiga buah sekolah sukan yang terkenal iaitu Sekolah Sukan Bukit Jalil, Sekolah Sukan Malaysia Pahang dan Sekolah Sukan Malaysia Sabah.