Pasukan amatur dari Pahang dapat perak di sukan asia e-sports

Pasukan Pea X SME Baruz memenangi pingat perak dalam perlawanan e-sport di aplikasi permainan PUBG di Aukan Asia Esports Championship Bintulu, Sarawak, baru-baru ini.
Pasukan Pea X SME Baruz memenangi pingat perak dalam perlawanan e-sport di aplikasi permainan PUBG di Aukan Asia Esports Championship Bintulu, Sarawak, baru-baru ini.
A
A
A

PASUKAN Pea X SME Baruz memenangi pingat perak dalam perlawanan sukan elektronik (e-sport) di aplikasi permainan PlayerUnknown's Battlegrounds (PUBG) di Sukan Asia Esports Championship Bintulu, Sarawak, baru-baru ini.

Pengerusi Koperasi Esports Pahang Berhad, Amirul Shafiq Sukor berkata, pasukan itu merupakan graduasi dari Pahang Esports Academy yang pertama berjaya mengalahkan 70 daripada jumlah keseluruhan iaitu seramai 72 peserta.

Beliau mengakui tidak menyangka dengan kejayaan itu memandangkan semua peserta mempunyai kehebatan tersendiri.

"Masa pertandingan hari itu (Asia Esports Championship), kita bersaing dengan pasukan Terengganu Esports, Dejavu dari Sarawak dan Jellybeans dari Sabah.

"Ini pasukan adalah sangat hebat kerana mereka pernah bermain di peringkat profesional berbanding pasukan Pea x SME Baruz yang hanya pasukan amatur.

"Tapi, kita tidak jangka sama sekali menang kerana dalam perlawanan mereka tidak pernah Chicken dalam lapan match akhir memandang pasukan teratas semuanya mendapat Winner Chicken Dinner," katanya kepada Sinar Harian pada Selasa.

Amirul
Amirul

Beliau memaklumkan, cabaran yang dilalui pasukan ketika perlawanan itu antaranya masalah kesihatan membabitkan peserta dalam pasukan.

Justeru, pihak pengurus pasukan bertungkus lumus untuk memberikan semangat kepada pemain untuk meneruskan perjuangan.

"Alhamdulillah berjaya mereka berjaya mendapat dapat tempat kedua antara pencapaian terbaik setakat ini.

"Insya-ALLAH, selepas ini pasukan ini seterusnya akan berada di Melaka, Johor dan Indonesia untuk perlawanan peringkat Malaysia," ujarnya.

Dalam pada itu, Amirul berkata, Pahang Esports Academy kini bergiat secara aktif dalam sukan e-sport.

Ujarnya, ini membuktikan bahawa anak kelahiran Pahang berbakat untuk persediaan Sukan Malaysia (Sukma) pada September depan.