Majikan digesa daftar, carum Perkeso sebelum 1 Julai

SHAH ALAM - Majikan digesa supaya memanfaatkan Bulan Pemutihan bagi Mei dan Jun 2023 untuk mendaftar dan membayar caruman kepada Perkeso bagi menjamin perlindungan dan keselamatan pekerja sama ada tempatan atau asing.
SHAH ALAM - Majikan digesa supaya memanfaatkan Bulan Pemutihan bagi Mei dan Jun 2023 untuk mendaftar dan membayar caruman kepada Perkeso bagi menjamin perlindungan dan keselamatan pekerja sama ada tempatan atau asing.
A
A
A

SHAH ALAM - Majikan digesa supaya memanfaatkan Bulan Pemutihan bagi Mei dan Jun 2023 untuk mendaftar dan membayar caruman kepada Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) bagi menjamin perlindungan dan keselamatan pekerja sama ada tempatan atau asing.

Ujarnya, tiada sebarang tindakan undang-undang dikenakan sekiranya terdapat kelewatan dalam tempoh berkenaan.

“Selepas berakhirnya tempoh pemutihan, Perkeso akan melancarkan Ops Kesan pada Julai 2023 nanti untuk menguatkuasakan Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969 (Akta 4) dan Akta Sistem Insurans Pekerjaan 2017 (Akta 800) ke atas majikan dan pekerja di negara ini.

“Ops Kesan kali ke-14 ini bagi memastikan semua majikan yang menggajikan sekurang-kurangnya seorang pekerja (tanpa mengira jumlah gaji) mendaftarkan perusahaan dan pekerja mereka sebagaimana peruntukan Seksyen 4 dan 5, Akta 4 serta Seksyen 14 dan 16, Akta 800,” katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.

Perkeso juga menegaskan kegagalan majikan mendaftarkan perusahaan dan pekerja boleh dikenakan tindakan kompaun sehingga RM5,000.

Majikan yang gagal membayar kompaun pula bakal berhadapan tindakan pendakwaan di mahkamah dan jika sabit kesalahan, mereka boleh dijatuhi hukuman denda sehingga RM10,000 atau penjara sehingga dua tahun atau kedua-duanya sekali.

“Selain itu juga, majikan yang lewat mendaftar dan mencarum juga akan dikenakan Faedah Caruman Lewat Bayar (FCLB) pada kadar enam (6) peratus setahun di atas setiap hari caruman lewat dibayar.

“Sekiranya majikan masih gagal berbuat demikian dalam tempoh pemutihan yang akan berakhir pada 30 Jun 2023 ini, Perkeso tidak akan berkompromi dengan ketidakpatuhan majikan dan tidak akan mempertimbangkan apa-apa pengecualian daripada tindakan penguatkuasaan terhadap majikan terbabit.

“Justeru, dengan tempoh yang masih berbaki kurang daripada sebulan, Perkeso menyeru semua majikan yang layak tetapi masih belum mendaftar dan mencarum supaya segera berbuat demikian secara sukarela, sama ada menerusi Portal ASSIST atau hadir ke mana-mana 54 pejabat Perkeso di seluruh negara agar tidak dikenakan tindakan,” tambahnya.

Untuk sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut, kunjungi laman sesawang rasmi Perkeso www.perkeso.gov.my atau hubungi Careline Perkeso 1-300-22-8000 atau e-mel perkeso@perkeso.gov.my.