Sila log masuk terlebih dahulu.

Town Hall Rakyat bersama Saifuddin Nasution

05 Jun 2023 | Town Hall Rakyat
A
A
A
Town Hall Rakyat bersama Saifuddin Nasution

Nama Datuk Seri Saifuddin Nasution tidak asing dalam dunia politik negara kerana beliau pernah berkhidmat sebagai Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan pada 2018 di bawah pimpinan Tun Dr Mahathir Mohamad.

Kini, beliau sekali lagi diberi kepercayaan menjawat jawatan Menteri Dalam Negeri di bawah kepimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Pasti menarik jika dapat bersoal jawab dengan beliau sendiri. Bagaimana caranya?

Jemput hadir ke program Town Hall Rakyat di Dewan Karangkraf, Seksyen 15, Shah Alam pada 10 April 2023, Isnin, bermula jam 5 petang.

Town Hall Rakyat menyediakan ruang interaktif untuk mereka bersemuka dan bertanya apa sahaja kepada pemimpin yang diundang. Tambah menarik, ia dihoskan pelakon popular negara, Azhar Sulaiman.

Ingin saksikan kelainan dalam program terbitan Sinar Harian? Jangan lupa temujanji kita!

#TownHallRakyat #SinarHarian #SaifuddinNasution #AzharSulaiman