Sila log masuk terlebih dahulu.

[TOWN HALL RAKYAT] Town Hall Rakyat bersama Fadhlina Sidek

08 September 2023 | Town Hall Rakyat
A
A
A

[TOWN HALL RAKYAT] Town Hall Rakyat bersama Fadhlina Sidek

Memulakan kerjayanya sebagai seorang peguam syarie dan aktivis, kini kitar hidup Fadhlina Sidek bertukar 360 darjah selepas dilantik sebagai Menteri Pendidikan pada 3 Disember 2022 lalu.

Fadhlina yang merupakan anak kepada bekas Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia atau (ABIM), Allahyarham Datuk Dr Siddiq Fadzil adalah satu-satunya Menteri Pendidikan wanita di Malaysia sejak jawatan itu diwujudkan pada 1955.

Ahli Parlimen Nibong Tebal itu juga antara individu yang lantang memperjuangkan isu wanita dan kanak-kanak.

Kini, rakyat menanti apakah hala tuju yang hendak dibawa beliau dalam memperkasa sistem pendidikan negara.

Saksikan perkongsian Fadhlina dalam Town Hall Rakyat bersama hos yang juga ikon pendidikan Malaysia, Samuel Isaiah di semua platform digital Sinar Harian.

Facebook: https://www.facebook.com/sinarharian/videos/681151446896189

Youtube: https://www.youtube.com/watch?v=dP6kOWP7_RU

Twitter: https://twitter.com/i/broadcasts/1BRJjZgEeopJw

#TownHallRakyat #SinarHarian #MenteriPendidikan #FadhlinaSidek #SamuelIsaiah #KarnivalPendidikanSinarBestari