3 remaja pukul gelandangan diberkas, seorang masih dikesan

KLANG - Tiga remaja lelaki berusia 16 tahun yang dipercayai terlibat kes pukul gelandangan diberkas di sekitar daerah ini pada Isnin.
Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Cha Hoong Fong berkata, tangkapan dibuat kira-kira jam 3 pagi oleh sepasukan Bahagian Siasatan Jenayah Kongsi Gelap, Judi dan Maksiat (D7) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Selatan.
Menurutnya, semakan mendapati seorang daripada suspek mempunyai dua rekod jenayah lampau.
"Polis turut merampas tiga telefon bimbit dan sebuah kereta jenis Proton Wira untuk siasatan lanjut.