Lelaki warga emas dilaporkan hilang, ditemui selamat

JBPM
JBPM
A
A
A

KOTA KINABALU - Seorang lelaki warga emas yang dilaporkan hilang di Kampung Tukalilan, Melalap, Tenom, ditemui selamat pada jam 3.57 petang tadi.

Mangsa Amin Duaya, 88, dilaporkan hilang oleh orang awam kira-kira 2.30 petang, bahawa ada seorang lelaki dipercayai hilang disyaki tersesat ke dalam hutan berhampiran kampung itu.

Pusat Gerakan Operasi, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 2.34 petang sebelum sepasukan pegawai dan anggota Balai Bomba Penyelamat Tenom, bergegas ke tempat kejadian terletak kira-kira 25 kilometer.

"Setiba di tempat kejadian pasukan bomba bertindak mendapatkan maklumat lanjut berhubung kejadian itu seterusnya menjalankan operasi pencarian,”

"Hasil pencarian tersebut Bomba kemudiannya menemui warga emas tersebut dalam keadaan selamat di kawasan hutan tersebut,” menurut pusat gerakan operasi itu dalam kenyataan hari ini.

Operasi mencari dan menyelamat ditamatkan pada jam 4.50 petang. -Bernama

Artikel Berkaitan: