Allahyarham Abu Hassan selamat dikebumikan

Selesai pengebumian Allahyarham Abu Hassan jam 6.10 petang tadi. Turut kelihatan balu Allahyarham, Datin Seri Rosbi Shahbudin yang sugul berhampiran pusara Allahyarham.
Selesai pengebumian Allahyarham Abu Hassan jam 6.10 petang tadi. Turut kelihatan balu Allahyarham, Datin Seri Rosbi Shahbudin yang sugul berhampiran pusara Allahyarham.
A
A
A

KUALA LUMPUR - [DIKEMASKINI] Allahyarham Datuk Seri Abu Hassan Din Al-Hafiz selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Raudhatul Sakinah Fasa 2, kira-kira jam 6.10 petang tadi.

Jenazah sebelum itu disembahyangkan di Masjid Saidina Hamzah yang diimamkan sendiri oleh anaknya, Mohamad Yusri Abu Hassan selepas solat Asar.

Hampir 1,000 orang hadir bagi memberikan penghormatan terakhir kepada pendakwah terkenal itu.

Talkin dibacakan oleh menantu Allahyarham, Hamdan Abdul Aziz.

Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail dan Raja Perempuan Perlis Tuanku Tengku Fauziah Almarhum Tengku Abdul Rashid berkenan mencemar duli menziarahi pengebumian Allahyarham.

Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail dan Raja Perempuan Perlis Tuanku Tengku Fauziah Almarhum Tengku Abdul Rashid berkenan mencemar duli menziarah ke majlis pengebumian Allahyarham.
Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail dan Raja Perempuan Perlis Tuanku Tengku Fauziah Almarhum Tengku Abdul Rashid berkenan mencemar duli menziarah ke majlis pengebumian Allahyarham.



Baginda tiba di Tanah Perkuburan Islam Raudhatul Sakinah Fasa 2 jam 6.30 petang dan meluangkan masa kira-kira 30 minit membaca doa dan menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga.

ARTIKEL BERKAITAN: Datuk Seri Abu Hassan Din meninggal dunia

Allahyarham menghembuskan nafas terakhir kira-kira jam 7.30 pagi selepas rebah dan tidak sedarkan diri di kediamannya di Kampung Batu Muda, Sentul.

Salah seorang ahli keluarga Allahyarham menyiram air di pusara selepas selesai acara pengebumian.
Salah seorang ahli keluarga Allahyarham menyiram air di pusara selepas selesai acara pengebumian.

Artikel Berkaitan:

Allahyarham meninggalkan seorang balu, Datin Seri Rosbi Shahbudin dan tujuh anak serta 13 cucu.

Allahyarham mendapat pendidikan awal di Sekolah Inggeris Derma di Arau, Perlis kemudian di Sekolah Menengah Agama Arab Alawiyah serta melanjutkan pelajaran di Mesir.

Merupakan adik kepada dua pendakwah terkenal, Allahyarham Datuk Dr Haron Din dan Allahyarham Ishak Din.

Allahyarham mula bertugas di Pusat Islam pada 1976 sebelum berkhidmat di Masjid Negara pada tahun berikutnya sehingga memangku jawatan Imam Besar.