Covid-19: KKM kemas kini SOP, diumum masa terdekat

Dr Zaliha
Dr Zaliha
A
A
A

SHAH ALAM – Kementerian Kesihatan (KKM) sedang mengemas kini prosedur operasi standard (SOP) Covid-19 yang akan diumum dalam masa terdekat.

Menterinya, Dr Zaliha Mustafa berkata, ia susulan pengumuman Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pada 5 Mei lepas yang memutuskan bahawa Covid-19 bukan lagi di kategori sebagai kecemasan kesihatan global (PHEIC).

Bagaimanapun, beliau menasihati rakyat Malaysia untuk kekal mengamalkan SOP sedia ada dan keselamatan kendiri termasuk memakai pelitup muka ketika di tempat awam terutama mereka yang bergejala, mensanitasi tangan serta menjaga kebersihan diri.

"Kami di KKM sedang membincangkan langkah perlindungan terkini yang akan dilaksanakan kepada rakyat dalam masa terdekat meskipun Covid-19 tidak lagi menjadi kecemasan kesihatan yang menjadi kepentingan antarabangsa ataupun PHEIC," katanya menerusi video yang dimuat naik di laman peribadinya pada Selasa.

Dilaporkan, WHO memutuskan bahawa pandemik Covid-19, yang telah mengorbankan lebih 6.9 juta nyawa di seluruh dunia, tidak lagi di kategori sebagai kecemasan kesihatan antarabangsa selepas ia melanda sejak tiga tahun lepas.