Jenazah Abu Hassan selesai dikafankan

Orang ramai memberikan penghormatan terakhir di Masjid Saidina Hamzah di Kampung Batu Muda, Kuala Lumpur.
Orang ramai memberikan penghormatan terakhir di Masjid Saidina Hamzah di Kampung Batu Muda, Kuala Lumpur.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Jenazah Datuk Seri Abu Hassan Din Al-Hafiz selamat dikafankan dan solat Jenazah akan diadakan sebentar lagi di Masjid Saidina Hamzah Kampung Batu Muda di sini hari ini.

Jenazah dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Raudhatul Sakinah Taman Batu Muda selepas Asar.

Ribuan orang hadir memberikan penghormatan terakhir.

Orang ramai memberikan penghormatan terakhir di Masjid Saidina Hamzah di Kampung Batu Muda, Kuala Lumpur.
Orang ramai memberikan penghormatan terakhir di Masjid Saidina Hamzah di Kampung Batu Muda, Kuala Lumpur.

Terdahulu, Allahyarham dilaporkan rebah semasa hendak menunaikan solat subuh dan dikejarkan ke hospital sebelum disahkan meninggal dunia jam 7.30 pagi tadi.

Abu Hassan merupakan adik kepada dua pendakwah terkenal, Allahyarham Datuk Dr Haron Din dan Allahyarham Ishak Din, kedua-dua abangnya kembali ke rahmatullah pada 2016.

Allahyarham mendapat pendidikan awal di Sekolah Inggeris Derma di Arau, Perlis sebelum ke Sekolah Menengah Agama Arab Alawiyah lalu melanjutkan pelajaran di Mesir.

Artikel Berkaitan:

Orang ramai memberikan penghormatan terakhir di Masjid Saidina Hamzah di Kampung Batu Muda, Kuala Lumpur.
Orang ramai memberikan penghormatan terakhir di Masjid Saidina Hamzah di Kampung Batu Muda, Kuala Lumpur.

Selain pernah menjadi Penasihat Agama Istana Negara, Allahyarham turut berpengalaman berkhidmat di Masjid Negara dengan jawatan tertingginya sebagai Imam Besar.

Allahyarham meninggalkan seorang balu, Rosbi Shabudin dan tujuh orang anak serta 13 cucu.

ARTIKEL BERKAITAN: 'Andainya Ini Ramadan Terakhir' kuliah terakhir Allahyarham Abu Hassan Din Al-Hafiz

Allahyarham Abu Hassan tokoh dakwah berpengaruh: Mufti Wilayah Persekutuan

Datuk Seri Abu Hassan Din meninggal dunia