Peluang menang ‘Belanja50 & BiGTikTok'

Pengarah Urusan AEON BiG, Sheikh Farouk Sheikh Mohamed berharap orang ramai tidak melepaskan peluang mengunjungi AEON BiG dan menangi hadiah menerusi Peraduan TikTok AEON BiG.
Pengarah Urusan AEON BiG, Sheikh Farouk Sheikh Mohamed berharap orang ramai tidak melepaskan peluang mengunjungi AEON BiG dan menangi hadiah menerusi Peraduan TikTok AEON BiG.
A
A
A

SHAH ALAM - Hanya dengan berbelanja serendah RM50, pengunjung AEON BiG berpeluang memenangi hadiah keseluruhan sebanyak RM10,000 sempena Peraduan TikTok AEON BiG 'Belanja50 & BiGTikTok' selama 30 hari pada Jun ini.

Peraduan ini berkonsepkan video kreatif berdurasi 90 saat dan pelanggan hanya perlu menyatakan barang-barang dibeli, sebab pembelian dan mempamerkan resit pembelian yang sah dalam video dimuat naik di laman sosial itu.

Video dimuat naik ke laman TikTok peribadi pengunjung juga perlu berlatar belakangkan AEON BiG dikunjungi bersama hashtag, #ingatOreningatAEONBIG, #PelbagaiPilihanNilaiHebat, #SinarHarian, #AEONBIG dan #Belanja&BiGTikTok.

Itu kelainan ditawarkan AEON BiG dengan kerjasama Sinar Harian kepada pengunjung sebagai penghargaan kepada kesetiaan mereka di samping menarik lebih ramai pelanggan baharu terutama golongan muda untuk berbelanja.

Menurut Pengarah Urusan AEON BiG, Sheikh Farouk Sheikh Mohamed, Sinar Harian menjadi rakan media utama AEON BiG sejak mula berkolaborasi pada tahun lalu kerana kedua-dua pihak mempunyai matlamat sama.“Kami ingin meneruskan kerjasama ini memandangkan Sinar Harian mampu menyediakan kandungan berita dalam dua bentuk platform, iaitu dalam talian dan media cetak."Pembaca Sinar Harian dan pelanggan AEON BiG juga adalah dari kelompok sasaran yang sama," katanya kepada Sinar Harian ketika ditemui di AEON BiG Subang Jaya, Selangor.

Informasi kreatif

Beliau berkata, AEON BiG menganjurkan peraduan berkenaan dengan menggunakan aplikasi TikTok kerana ia lebih dikenali malah lebih mudah untuk menyampaikan informasi kreatif yang menyeronokkan.

"Oleh itu hasil perbincangan AEON BiG dan Sinar Harian, kami mendapat kata sepakat dan bersetuju untuk menghasilkan satu peraduan yang menarik kepada pemilik akaun TikTok dengan melaksanakan tugasan itu mengikut terma serta syarat hanya di cawangan AEON BiG," katanya.

Pengunjung AEON BiG berpeluang menangi hadiah lumayan sempena Peraduan TikTok AEON BiG 'Belanja50 & BigTikTok' selama 30 hari pada Jun ini.
Pengunjung AEON BiG berpeluang menangi hadiah lumayan sempena Peraduan TikTok AEON BiG 'Belanja50 & BigTikTok' selama 30 hari pada Jun ini.

Sheikh Farouk menambah, TikTok adalah platform yang ‘trending’ pada masa kini yang bukan sahaja dalam kalangan anak muda tetapi juga dewasa sebagai medium informasi cepat, sesuai dengan keperluan pengguna media sosial itu.

Mengulas mengenai pemilihan ‘tagline’ Belanja50 & BiGTikTok, beliau berkata umum sedia maklum bahawa AEON BiG merupakan salah satu ‘hypermarket’ terkenal di Malaysia dan majoriti pelanggan mereka terdiri daripada golongan B40.

"Oleh yang demikian, RM50 yang dibelanjakan di AEON BiG adalah tidak membebankan tambahan ganjaran yang bakal dimenangi adalah sangat menarik dan lumayan," katanya.

Tambahnya, pihaknya amat berharap agar orang ramai tidak melepaskan peluang untuk mengunjungi AEON BiG dan memenangi hadiah lumayan ditawarkan menerusi Peraduan TikTok AEON BiG serta dapat menyerlahkan bakat serta kreativiti mereka dengan BigTikTok.

Hadiah keseluruhan sebanyak RM10,000 terbahagi kepada hadiah utama sebanyak RM3,000 iaitu wang tunai RM1,500 dan 'gift card' bernilai RM1,500 boleh ditebus di mana-mana cawangan AEON BiG.

Sementara hadiah kedua berupa wang tunai RM1,000 dan 'gift card' bernilai RM1,000 manakala hadiah ketiga berupa wang tunai RM500 dan 'gift card' bernilai RM500 untuk 10 pemenang sagu hati bernilai RM400 setiap seorang.