Sila log masuk terlebih dahulu.

Pihak tuduh PN guna dana judi perlu mohon maaf

29 Mei 2023 | VIDEO
A
A
A

BERITA SEMASA 29 MEI 2023

Pihak yang menuduh Perikatan Nasional (PN) menerima dana judi bagi membiayai kempen PRU15 yang lalu perlu membuat permohonan maaf.

Naib Presiden Pas, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata, perkara itu perlu susulan pengesahan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman bahawa tiada satu pun parti dalam PN mendapat sumbangan daripada dana judi pada PRU15.

Sebelum itu, Datuk Seri Azalina dalam jawapan bertulis di Dewan Rakyat memaklumkan siasatan SPRM tidak dapat membuktikan dakwaan PN menerima dana daripada syarikat perjudian untuk berkempen dalam PRU15.

Katanya, siasatan SPRM mendapati dakwaan itu terlalu umum dan tiada pihak yang boleh mengesahkan isu itu, sekali gus tiada fail siasatan dibuka

Bagaimanapun, Ahli Parlimen Pengerang itu tampil sekali lagi memberi penjelasan lanjut mengatakan jawapan bertulis itu tidak menyatakan siasatan SPRM berhubung dakwaan itu sudah dihenti atau digugurkan.

Sementara itu, ketika ditanya kemungkinan Presiden Muafakat Nasional, Tan Sri Annuar Musa bertanding pada PRN akan datang, beliau menjelaskan perkara itu belum diputuskan parti tetapi beliau percaya keputusan Tan Sri Annuar untuk menyertai Pas bukan semata-mata untuk bertanding PRN.

Dalam perkembangan lain, beliau turut berpandangan kejatuhan nilai ringgit ketika ini membuktikan pelabur asing kurang berkeyakinan terhadap kerajaan pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Muzik: Elevate dari www.bensound.com

#BeritaSemasa #SinarHarian