Tengku Permaisuri Selangor sedia hidangan kuih kapit

Tengku Permaisuri Norashikin menunjukkan kemahiran menyediakan hidangan kuih kapit di Ah Ma House di sini.
Tengku Permaisuri Norashikin menunjukkan kemahiran menyediakan hidangan kuih kapit di Ah Ma House di sini.
A
A
A

SEKINCHAN - Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Norashikin Abdul Rahman hari ini berkenan melawat beberapa kawasan pelancongan dan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) di Sekinchan.

Tengku Permaisuri Selangor berangkat bersama kira-kira 20 rombongan yang terdiri daripada saudara-mara, kenalan dan kakitangan Pejabat Sultan Selangor menaiki bas dari kediaman baginda di Bukit Jelutong, Shah Alam ke Sekinchan.

Rombongan bertolak kira-kira jam 7.30 pagi dan tiba ke Hotel A Sekinchan jam 9.15 pagi.

Selepas menikmati sarapan di Hotel A Sekinchan, baginda bersama rombongannya menuju ke Ah Ma House dan kemudian mengayuh beca berbumbung empat roda sejauh 500 meter dari Tali Air 5 ke kilang memproses padi terbesar Sekinchan, PLS Marketing Sdn Bhd.

Dalam lawatan tersebut, Tengku Permaisuri Selangor turut menunjukkan kemahiran menyediakan hidangan kuih kapit di Ah Ma House.

Tengku Permaisuri Selangor turut dibantu pekerja Ah Ma bagi menghasilkan kuih kapit yang menjadi tradisi semasa sambutan perayaan masyarakat Cina.

Baginda merasai pengalaman menyediakan lebih lima kuih tradisional itu menggunakan acuan besi kuih kapit yang kemudiannya dibakar menggunakan arang.

Baginda dijadual melawat kawasan pelancongan dan PKS di Sekinchan sehingga jam 7 petang ini.

Artikel Berkaitan: