Tak sempat seludup diesel, petrol ke Thailand

KPDN Kelantan menemui beberapa tong jerikin yang mengandungi 850 liter minyak diesel di Kasban, Tumpat.
KPDN Kelantan menemui beberapa tong jerikin yang mengandungi 850 liter minyak diesel di Kasban, Tumpat.
A
A
A

TUMPAT - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Kelantan berjaya mematahkan cubaan menyeludup diesel dan petrol ke negara jiran dalam dua serbuan berasingan di sini pada Rabu.

Pengarahnya, Azman Ismail berkata, rampasan pertama dilakukan di tepi jalan Kasban hasil pemeriksaan ke atas sebuah kereta jenis Proton Wira Aeroback, pada jam 8.30 pagi.

"Beberapa tong jerikin yang mengandungi 850 liter minyak diesel ditemui dalam kenderaan itu.

Dua tangki tambahan yang diubahsuai yang mengandungi 850 liter petrol dirampas di Chabang Empat, Tumpat.
Dua tangki tambahan yang diubahsuai yang mengandungi 850 liter petrol dirampas di Chabang Empat, Tumpat.

"Bagi rampasan kedua pula, kita menemui dua tangki tambahan yang diubahsuai mengandungi 850 liter petrol selepas menahan sebuah kereta jenis Proton Iswara di Chabang Empat, pada jam 1 petang," katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.

Beliau berkata, nilai keseluruhan rampasan dianggarkan bernilai RM19,000 dan kes disiasat bawah Akta Kawalan Bekalan 1961.

"Kejayaan ini hasil kerjasama erat bersama Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah Tiga Pengkalan Kubor dan Unit Kereta Peronda (MPV) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tumpat," katanya.