Ajaran pelik pesantren: Jakim kerjasama dengan kedutaan

Seorang selebriti dari Indonesia, mendedahkan terdapat ramai rakyat Malaysia yang hadir dalam majlis kontroversi melibatkan sebuah sekolah pondok pesantren di Indramayu, Jawa Barat di negara tersebut.
Seorang selebriti dari Indonesia, mendedahkan terdapat ramai rakyat Malaysia yang hadir dalam majlis kontroversi melibatkan sebuah sekolah pondok pesantren di Indramayu, Jawa Barat di negara tersebut.
A
A
A

PUTRAJAYA - Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) bekerjasama dengan Kedutaan Besar Malaysia di Indonesia bagi mendapatkan maklumat terperinci mengenai dakwaan ramai rakyat Malaysia yang terlibat dengan majlis kontroversi melibatkan sebuah sekolah pondok pesantren di Indramayu, Jawa Barat.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na'im Mokhtar berkata, pihaknya mengambil maklum mengenai dakwaan terhadap majlis yang berlaku di pondok pesantren tersebut.

"Perkara ini perlu dibincangkan lanjut oleh Panel Kajian Akidah Jakim bagi mendapatkan pandangan dan nasihat sebelum tindakan lanjut boleh diambil," katanya kepada Sinar Harian.

Terdahulu akhbar ini melaporkan artis terkenal Indonesia, Lucky Hakim mendedahkan terdapat ramai rakyat Malaysia hadir pada majlis tersebut.

Aktiviti di pusat pengajian itu sedang hangat diperkatakan oleh rakyat Indonesia selepas beberapa kontroversi tercetus antaranya, saf solat sunat Aidilfitri dalam keadaan jarak selain bercampur antara jemaah lelaki dan wanita.

Kemucaknya, pengasas pesantren meminta para pengikutnya menyanyikan lagu dan mengucapkan salam Hebrew.

Terdapat juga rakaman seorang wanita menyampaikan khutbah Jumaat dipercayai di pusat pengajian tersebut.

ARTIKEL BERKAITAN:Kecoh ajaran pelik pesantren

Ajaran sesat versi salam Yahudi dibimbangi menular di Malaysia