Penyelidik Cina, Pakistan bangun kaedah baharu rawat seliak

Gambar hiasan. - Foto 123RF
Gambar hiasan. - Foto 123RF
A
A
A

LANZHOU - Pasukan penyelidik antarabangsa membangunkan kaedah baharu untuk merawat penyakit seliak, menurut Universiti Lanzhou di Wilayah Gansu di barat laut China, lapor Xinhua.

Kajian yang dijalankan oleh penyelidik Cina, Pakistan dan lain-lain telah diterbitkan dalam jurnal, Food Research International.

Ketua kajian dan felo pasca doktoral Pakistan di Universiti Lanzhou, Aman Khan terlibat dalam penyelidikan yang berkaitan rawatan penyakit seliak selama beberapa tahun.

Menurutnya, penyakit gangguan imun itu dicetuskan oleh pengambilan gluten.

Diilhamkan dan disokong oleh penasihatnya, Li Xiangkai, seorang profesor dengan kumpulan mikrobiologi alam sekitar di bawah Universiti Lanzhou, Aman telah mengasingkan strain bakteria probiotik daripada roti yang ditapai untuk digunakan bagi mencegah penyakit seliak.

Menurut Aman, idea rawatan penyakit seliak itu diambil daripada kajian lepas yang dijalankan oleh kumpulan mereka.

Dibimbing oleh penasihatnya, Aman dan ahli pasukannya berjaya mengasingkan strain bakteria probiotik yang dipanggil LZU-GM daripada roti yang ditapai.

"Kami yakin bahawa penyelesaian baharu itu akan menjadi agen tambahan terapeutik dalam merawat penyakit seliak," kata Li. - Bernama-Xinhua